dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sebandi Ulu, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Jelajah Sekolah – Smk Sadong Jaya

31 Disember 2024 | Aktiviti Terkini

Program NADI Jelajah Sekolah peringkat NADI Kluster Asajaya & Simunjan meneruskan program yang terakhir bagi sesi 2024 di SMK SADONG JAYA pada 30 Disember 2024. Program yang dirancang ini mensasarkan para pelajar sekolah, warga pendidik dan warga sokongan dengan memberi manfaat keahlian percuma NADI tanpa perlu membayar yuran keahlian sebanyak RM5.00 setiap seorang apabila berkunjung dan menggunakan perkhidmatan di premis NADI. Objektif program ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada maklumat mengenai NADI MALAYSIA, lokasi NADI yang terdapat di kawasan sekitar sekolah dan promosi perkhidmatan pintar yang mula diperkenalkan sekitar bulan ogos 2024.

Diantara perkhidmatan pintar yang disediakan ialah seperti NADI X Entrepreneur, NADI X Lifelong Learning, NADI X Wellbeing, NADI X Awareness dan NADI X Government. Program NADI Jelajah Sekolah kali ini turut memberi penekanan khusus kepada perkhidmatan Wellbeing iaitu saringan kesihatan dengan membuka kaunter saringan dan penerangan perkara berkaitan mengenai kesedaran keselamatan siber atau dirangkum sebagai (NADI Safe & Shield).

Initipati berkaitan kesedaran keselamatan internet yang telah diberi penekanan adalah seperti Jejak Digital, Risiko 3C (Content,Contact & Conduct), Buli siber (penekanan utama ceramah), Pengantunan siber (penekanan utama ceramah), Siber-hendap, Penipuan & Scam, Data peribadi dan Tips Keselamatan Internet. Program ini turut berkolaborasi dengan NADI Sadong Jaya, NADI Kampung Sampat, NADI Kampung Tengah Tebelu, NADI Lubok Punggor dan NADI Sungai Apin dengan matlamat agar NADI-NADI yang terdapat di daerah Asajaya Simunjan dapat merapatkan silaturrahim antara petugas sekaligus terus bersemangat dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada komuniti. Dengan adanya program seperti ini sedikit sebanyak dapat memberi rujukan serta panduan kepada para peserta mengenai keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab berkaitan digitalisasi. Semoga perkhidmatan yang ditawarkan NADI memberi impak positif kepada komuniti.

Intipati program adalah seperti berikut:
• Jom kenali NADI
• Ceramah NADI X Safe & Shielf
• Saringan kesihatan
• Hadiah & Cenderahati
• Tayangan video

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2024 Semua Hakcipta Terpelihara.